Tubbataha Reef Natural Park, Philippines
Saya sangat gembira menerima khabar dari UNESCO kelmarin. Saya juga melihat laporan tersebut dalam akhbar. Jawatan Kuasa Tapak Warisan Dunia UNESCO yang sedang bersidang di Sevilla, Spain telah memutuskan untuk menerima usul menjadikan tambahan Tubbataha Reef Natural Park (TRNP) sebagai Tapak Warisan Dunia.
Saya telah dilantik oleh IUCN/UNESCO sebagai pakar penilai untuk cadangan negara Filipina ini pada penghujung tahun 2008. Saya telah dihantar ke TRNP untuk melihat sendiri, membuat perbincangan dan menilai. Saya telah melihat sendiri (melakukan 6 selaman SCUBA), mengadakan perbincangan dengan Park Manager, Rangers, Para penguasa Tempatan termasuk Gabenor Palawan dan beberapa pemimpin nasional, saya telah membuat rekomendasi kepada Jawatan Kuasa WH UNESCO.
TRNP ini memang indah dan unik. Atol yang berada di tengah-tengah Laut Sulu. Stesyen Rangernya di atas air (sebab tiada tanah daratan). Tapi terumbuk karang dan hidupan marin di situ sangat luarbiasa – kaya dan pelbagai. Setiap selaman, pelbagai ikan, penyu, pari, jerung (blacktip, whitetip, tiger shark) banyak kelihatan. Coralnya berwarna-warni dan belum terusik oleh manusia.
Pasti sekali saya membuat rekomendasi positif kepada IUCN/UNESCO. Pada hemat saya, tapak ini layak disenaraikan sebagai tapak warisan dunia. Walau bagaimanapun, pihak IUCN dan sekretariat Tapak Warisan Dunia UNESCO mempunyai pelbagai isu dan persoalan. Kebanyakannya mengenai keupayaan negara tersebut melindungi secara berkesan TRNP. Saya tetap berpendapat pengisytiharan tidak harus ditunda. Saya gembira kerana UNESCO bersetuju dengan rekomendasi saya.
Tubbataha memang layak menjadi tapak warisan dunia. Keindahan, kekayaan, keunikan dan kepelbagaian hidupnya menakjubkan. sebagai tempat menyelam SCUBA, ianya setanding dengan Sipadan. Mujurnlah ianya jauh dari daratan dan untuk melawat, perlu menaiki kapal ’live-aboard’ beberapa malam.
Tubbataha Reef Natural Park – a worthy World Heritage Site!